21 November 2009

Aktiviti 21/11/2009

Penat selepas sehari tak berada di rumah.
Pagi di sekolah - Report Card Day
Petang di Lagend Hotel - Hi tea.
Penat tapi happy.
Aku dapat hamper yang jadi rebutan ramai!
Hahahaha.
Gambar takde lagi sebab tak bawak camera.
Ada dalam camera kawan.
Dalam henset ada skit tapi sure blur je kalau transfer ke sini.
Nanti aku letak k.

19 November 2009

pot luck


Ari ni ada pot luck. Kami masak ramai2 kat rumah Kak Nolie. Aku g dengan Kak Ida. Tu pun, kul 10.30 pagi baru sampai. Makan2 dulu, Kak Nolie wat spegeti. Pastu, Kak Siti plak sampai. Kul 11 kot, baru Kak Ma sampai dengan Zati. Tu pun Zati kuar balik sebab nak cari sotong dia tu, nak wat kerabu sotong. Pot luck ari ni temanya makan tengah hari.

Kak Ida wat laksam. Aku pun tolong dia. Nak belajar buat. Kuah senang, laksam dia yang renyah sikit. Kena rebus satu2. So, dengan berpandukan arahan Kak Ida, aku buat kuah laksam. Laksamnya Kak Ida yang bancuh. Aku tak pandai la.

Ok, ini resipi laksam ^_^ Tadi kami wat dalam kuantiti yang banyak. NI aku anggar untuk beberapa orang makan la k.

Kuah:
1 kg ikan sardin -rebus, ambil isi sahaja, mesin dengan santan4 ulas bawang kecil -mesin
1 inci halia - mesin
1/2 sudu makan lada hitam - tumbuk
3 keping asam keping
sepeket santan pekat - cairkan
garam
gula

Laksam:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
air panas
air

Hiasan:
1) taugeh
2) kacang panjang
3) daun kesum
4) bunga kantam
*2, 3, 4 - dipotong halus

Sambal:
cili merah
belacan
garam
limau

Cara2:

Kuah:
1) Campurkan isi ikan, bawang merah, halia, lada hitam yang telah dimesin ke dalam periuk.
2) Masukkan baki santan ke dalam periuk. Cairkan ikut keperluan.
3) Masak hingga menggelegak. Kena sentiasa kacau kuah.
4) Masukkan asam keping.
5) Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6) Masak hingga pekat.

Laksam:
1) Gaulkan tepung beras dan tepung gandum.
2) Masukkan air. Gaul hingga rata.
3) Guna sedikit air panas. Kemudian, guna air biasa. Adun cair seperti buat tepung untuk kulit ketayap.
4) Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. (bila masak, kita nampak ada gelembung2
5) Sejukkan sekejap. Gulung laksam.

Cili:
Buat macam nak buat sambal je.

Siapla laksam. Aku kena tulis sini untuk ingat resipi ni. Buat sekali, pastu dah tak buat, bleh lupa wo.
Sharing is caring kan. So, try la.
Sedap!

18 November 2009

~Alza~








Lawa kan.
Tetibe aku terbekenan.
Hahahaha

17 November 2009

~Menuntut ilmu batin????~

Ari ni aku menuntut ilmu dari Kak Ida.
Tuntut ilmu Penyelaras.
Kak Mas kata aku maintain pegang LADAP.
Kena jadi Penyelaras Ting. 1 tapi disiplin dah ditarik, bagi kat Wani.
Mampu ke aku nak handle dua2 jawatan?
Aku risau tak boleh bagi komitmen 100% kepada dua2 tugas.
Risau ada yang tak terurus.
Aku rasa aku macam minat je nak jadi Penyelaras Ting.1 tu.
Keje baru, belajar benda baru.
LADAP tu pun best jugak sebenarnya.
Berbanding tahun ni, tahun depan dah ada panduan yang lengkap.
Senang sikit la nak urus.
Dalam cuti ni kena buat perancangan btol2.
Mampu ke aku ni?
Berat tu dua2 jawatan tu.
Lagi pun, cikgu2 yang pegang jawatan Penyelaras Ting. sebelum ni tak pegang jawatan lain.
Tak kisah le jadi penyelaras tingkatan berapa pun.
Ni, aku dapat 2 tugas, yang dua2nya berat.
Kenapa la tak boleh bagi salah satu kat cikgu lain?
Macam gila kuasa plak.
Bukan mengeluh, aku risau tak terkejar!
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran (eh, btoi ke ni? hahaha)
Tadi, aku belajar buat streaming.
Susah jugak, kena buat banyak kali.
Mula2, stream budak PA tahun ni yang akan ke Ting.1 2010.
Pastu, stream budak2 yang dapat keputusan BM D dan ke bawah dalam UPSR.
Buat retan.
Pastu, baru boleh stream semua.
Tunjuk kat pentadbir.
Kalau tak setuju dengan list tu, aku kena ulang stream balik sampai depa setuju.
Tempek kat dinding untuk rujukan.
Uishhh!
Patut la Kak Ida boleh ingat nama budak2 tu dengan nama bapak sekali!
Banyak kali ulang benda yang sama.
Budak2 kali ni ramai nama yang pelik2 susah nak sebut.
Pastu, lelaki lagi ramai dari perempuan.
4:1, bayangkan!
Macamana la keadaan dalam kelas tahun depan?
Laki lagi ramai tu!!!!!

16 November 2009

Menjadi bidan turjun semasa pengesahan pelajar Ting.1 dan PA 2010. Patutnyer tugas cikgu2 lain. Tapi disebabkan ramai yang terlibat dengan mesyuarat pengawas SPM dan STPM, kena la kami ganti kat dewan tadi. Aku, Lydia, Kak Ma ---->bidan terjun yang berjaya!
Tak macam tahun2 lepas, kalau pengesahan pelajar dari SJKC Desa Jaya, 1 family turun. Dari atuk, nenek hingga ke baby datang sekali. Bayangkan bising dan sesaknya dewan pengesahan tu. Tadi hujan lebat, yang datang pun just mak bapak dengan pelajar tu je. Takle sesak nafas aku! Alhamdulillah hujan lebat. Hapar esok petang hujan lagi ^_* sebab esok ada pengesahan untuk sekolah kebangsaan dan sekolah2 lain.
Patutnya kena amik surat penempatan dan surat beranak. Ada plak yang lupa bawak, lupa photostat la. Nasib baik ada kedai photostat kat depan sekolah ni. Ada parents yang cerewet, dengar je la depa dok komen2. Tapi berbanding tahun lepas, parents tahun ni lebih ok la. Tak ramai yang marah2 tak tentu fasal. Senyum je. Kan senang hati kita nak uruskan keje pengesahan.
Ramai jugak yang minta tukar sekolah. Ada yang rumah jauh, ada yang nak pindah rumah. SJKC Desa Jaya (SJKCDJ) tu sangat besar. Bayangkan tahun 6 ada 20 kelas! Pelajarnya pun bukan dari area Taman Ehsan dan Desa Jaya je, tah dari Maluri, Manjalara, Damansara.....semua berpusu2 nak anak skolah kat situ. Bila dah belajar kat SJKCDJ, automatik nama akan dihantar ke sekolah aku walau pun alamat rumah jauh dari sekolah.
Tahun depan aku jadi Penyelaras Ting.1, aku akan berurusan dengan budak2 ni la. Streaming nama untuk 10 kelas mengikut keputusan UPSR. Esok aku nak menuntut ilmu kat Kak Ida. Berat tanggungjawab tahun depan. LADAP tu pun belum tentu ada orang lain ambik. Kalau dua2 aku pegang, lebih teruk dari aku pegang LADAP dengan disiplin tahun ni rasanya. Apa2 pun...redha je la. Saya yang menurut perintah -_-

15 November 2009

Kawan-Kawan

Kita perlu guna FB untuk cari kawan2 kiter.
Kenapa kawan2 aku penting?
1) Takde kawan----> sunyi.
2) Senang buat keje.
3) Boleh happy2.
4) Boleh tanya pendapat bila nak membeli belah.
5) Boleh tolong ingatkan aku jangan membazir.
6) Tempat luah perasaan.
7) Geng makan2.
8) Kejut aku pagi2 sebab suka terlajak bangun tido malam lewat sangat.
9) Teman jalan2.
10)Tempat share berita happy and sad.
11)Nasihat kawan penting.
12)Geng melalak ngan tengok wayang.

Ni yang terlintas setakat ni la. Banyak! Kawan2...i luv u!

14 November 2009

~kan kubawa diri ini~

Hahaha. Takde le jaoh pun aku bawak diri. Aku g Jusco Kepong tu je tadi. Sorang2! Yela, sorang je. Ida g sekolah kelas meja, tetibe aku rasa malas nak join. Kadang2 kita perlu space untuk kita sorang. Tak libatkan orang lain. Layan diri. Aku nak cari asam laksa sebenarnya. Last week ingat nak makan kat 1 Utama pas tengok movie tapi dah kenyang, trus balik.
Jusco tu kecik je. Skali pusing dah abis. Aku g cuci duit mata je. Beli pencuci kasut muka dah dah tinggal lagi 5% je lagi. Kena la beli baru kan.
Bila duit kuranggggg ada, hajat nak cuci mata tu memang terlaksana dengan jayanya walau pun banyak godaan di kiri kanan aku. Bukan godaan dari lelaki gojes (aku tak tringin laki superb gojes. payah!), tapi godaan daripada baju cun,novel2 yang hot2! Arrrggghhhh. Lama dah tangan aku ketaq nak pegang novel baru ni. Tadi aku jumpa novel yang aku cari sebelum ni-Laskar Pelangi, kisah 10 orang budak. Aku dah tengok movie dia. Selalunya movie tak se'detail' novel asal. Sebab tu, WAJIB ye aku dapatkan nanti. RM28 je. Tapi tadi, ati aku cakap,'takpe, nanti beli sekali dengan 9 NYAWA. baca la puas2!' Aku kan baik. Aku ikut le kata ati aku yang lebih mengarah ke 'berjimat-terutama-bila-poket-makin-kering' ni.
Kawan aku kat sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah nak kawen cuti sekolah ni. Aku panggil Ina. Bakal husband dia pun memang geng aku jugak malah aku kenal dari sebelum tadika lagi, Mazrul. Nikah 11/12/2009, majlis 12/12/2009, majlis bertandang 13/12/2009. Ala, sekampong je pun. Yang tak bleh blah, aku lah pengapitnya ari itu ye! Aku bukak suke interprem muka ni. Tapi jika dah di'cop' untuk jadi pengapit sejak ari depa bertunang....apakan daya. Demi BFF kan. Yang penting pengapit kena sedondon kan! T_T Aku ni pemalu weh! +_+
Kawen jugak depa ni. Bercinta bagai nak rak sejak Darjah 6 jangan tak tau. Alhamdulillah la. Aku ni bile ek? Cikgu2 skolah aku kate, kalau nak pindah ko g kawen le. Waduh!=_= Kan terasa lagi diri ini.....

13 November 2009

~sembilannyawa~


9 NYAWA
Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Murshid


Aku dah lama tunggu novel penulis kesayangan aku ni. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Tengok sinopsis, ya, macam menarik ^_^.
Sejak sibuk ni, aku jarang dah baca novel. Tapi nak tinggal terus novel2 ni tak boleh le.
Aku amik sinopsis dan gambar tu dari sini. Kalau ada yang minat RAM, boleh singgah ke blog ni.


Sinopsis:



INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.


HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa?

Tak jadi pegi SOGO and all da plan...cancelled.
Banyak kes jadi.
Semua orang dah ilang mood nak g hi-tea.
Aku tak tau apa jadi pasni.
Personal matter?
Aku nak rasa macam orang lain jugak.
Macam kawan2 yang mengajar kat sekolah lain.
Jeles?
May be.....
Kenapa kami kat sini tak boleh wat jamuan dengan students kami?
Kenapa kami takde gambar2 yang cool dengan students kami?
Kenapa kami macam di'anaktiri'kan sebab kami ni cikgu sesi petang?
Kenapa cikgu2 pagi selalu mempertikaikan kami tak kira apa kami buat?
Kenapa orang kata kami kerja senang sebab ajar budak2 hingusan je?
Kenapa cikgu pagi kata kami tak banyak keje kat sesi petang padahal diorang tak penah ajar petang?
Kenapa ada sesetengah cikgu je yang macam 'gila kuasa' padahal ada yang tak dapat jawatan apa2?
Kenapa students tegur cikgu yang mengajar dia untuk tahun tu je?
Banyak soalan 'kenapa' kadang2 tak bagus sebab nampak macam kita salahkan takdir.
Semalam,
kami beria2 banyak cadangan pasal hi-tea.
Sebab selalu di'anaktiri'kan, kami plan nak wat hi-tea kami sendiri.
Nak wat door gifts, present exchange....
Tema pinky.
Happy yang bial pikir balik...terlalu happy!
Hari ni,
semua dah takde mood nak join.
Sebab?
Bila orang atasan masuk campur, arahan jadi lain.
Kami yang di bawah patut tunduk dan patuh.
Ada beberapa krisis.
Maka, sesetengah guru sangat 'hot' bila majlis kena combine under 1 roof.
Kedengaran pelik.
Tapi tak boleh salahkan sapa2 sangat.
Sebelah pihak dah lama memendam rasa.
Sebelah pihak macam 'kurang kesedaran diri'.
Maaf kalau terasa.
Adakah orang2 yang 'tak kisah' macam aku kena pilih nak join ke mana2 belah?
Aku....pilih jalan tengah.
Biarkan......
Aku kata kat Farhana, "asalkan badan aku tak sakit, biarkan. Pikir banyak2 nanti kita yang sakit. Sapa tak penah terasa? Terasa ari ni, esok lupakan je la. P mai pun tiap2 ari kena mengadap muka depa gak."
Cian Kak Nolie.
Cian Kak Ida.
Cian Farhana.
Cian Lydia.
Cian Zati.
Ni yang aku tau.
Yang tak tau?
Aku?
Kadang2 cian gak.
Tapi tu la, aku pikir kalau aku makan ati lama2 pun benda tu akan buat aku tambah sakit ati dan membenci orang je.
Aku nak rasa jadi kesayangan semua orang macam housemate aku si Zaraida ni.
Sapa tak sayang dia? Ramai.
Sapa benci dia? Tak de.
Senang kan.

12 November 2009

~~selamat hari jumaat~~

Minggu ni, aku buat keje disiplin. Nak siapkan dan kalau boleh trus je antar Isnin depan. Pastu nak menuntut ilmu daripada Penyelaras Ting.1 sebab aku bakal pegang jawatan tu next year. Next week gak aku nak me'riso' borang2 penting LADAP. Before aku lupa, kena bagi senarai AJK LADAP next year sebab ada perubahan dalam AJK. Ada penambahan guru cemerlang, guru kaunselor....
Hari ni hari Jumaat! Last working day for this week. Ramai suka ni. Hehehe. Nak Pegi awal skit ari ni. Dah jamji nak g lunch dengan Kak Ida. Next year tak boleh dah. Kak Ida dah pindah! T_T
Esok!!!!
Ha, best ni. Aku kan suka jalan2 ni. Macam dah plan semalam, aku, Kak Nolie, Zati (tah sapa lagi nak ikut pun bleh) nak g Jalan TAR dan SOGO nak cari barang untuk door gifts hi-tea nanti. Hi-tea combined le.....Tak leh wat le apa kami plan mula2 dulu. Tapi aktiviti kami untuk cikgu2 petang tetap on! Itu yang penting ye. Apa ingat cikgu2 petang tak boleh wat something happening ke? Tolong skit! Huh!
Pastu, selain door gifts, kami nak wat present exchange. Best! Sapa mau join????